Salam perjuangan… 
Ana mohon maaf banyak2 kepada para pembaca sekalian kerana sudah lama tak kemaskini blog ini…Ana agak sibuk sejak bermulanya sesi pengajian.

Entry ini ana khususkan kepada rakan2 yang tertanya2 tentang status akademik ana setelah mendapat ilham daripada entry ini…
Soalan 1 : Eh, Kuantan tengah cuti ke sekarang ???
Soalan 2 : Eh, Bad bukan kate ko gi Indonesia ke?
Soalan 3 : Jauhnye datang melawat budak Gombak…Cuti ke???
Ini merupakan antara soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada ana berkenaan status akademik ana oleh sahabat, member, rakan, kawan…
Insya allah semoga entry ini menjelaskan kekaburan yang berlaku…
Sebenarnya ana telah tukar course
(Bioperubatan >> Perubatan >> Bahasa Arab)
dan tukar universiti
(UIAM Kuantan >> Universitas Hasanuddin >> UIAM Gombak)
Eh, Kenape tukar course pulak ??? daripada Perubatan kepada bahasa Arab???
Bak kata Dr Nik Abduh, ana turn 360… Ana tukar course atas sebab2 berikut :
Ana sememangya sebelum ini bercita2 untuk menjadi protaz dengan mendapat double degree (perubatan + pengajian Islam). Ana bercadang untuk meyambung pelajaran di kuliah Perubatan di Mesir selepas SPM dahulu tapi tiada rezeki sehinggalah ana berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Makassar dalam bidang perubatan.
Sepanjang pengajian ana di Makassar, ana dibiayai sepenuhnya oleh ayah dan ibu ana. Ana masih menyimpan hasrat ana untuk menyambung pengajian di Mesir @ Syria selepas tamat pengajian di Makassar. Jadi, apabila ayah ana meninggal dunia pada hujung bulan Disember tahun lepas, ana terkesan dengan peristiwa ini daripada segi kewangan dan cita2 ana untuk melanjutkan pelajaran di Mesir @ Syria menemui jalan buntu.
Oleh sebab itu, ana mengambil keputusan nekad untuk menukar bidang ana ke bidang bahasa Arab. Ana juga merancang untuk membuat double major dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh insya Allah.
Eh, kenapa nta tak amik ke IRK terus ???
Sebab ana ingin menguasai bahasa Arab dahulu sebelum mendalami bidang agama.
Ana juga rasa bertanggungjawab untuk mengambil alih sekolah ayah ana yang telah diusahakannya selama ini. Kitab2 Arab beliau juga banyak yang akan terbiar begitu sahaja jika ana tidak mengubah kursus ana sekarang.

رمضان كريم
Share This
Posted on 1 September '08 by badrul, under Catatan Peribadi. No Comments.
Salam perjuangan…
Bahasa Arab mempunyai 2 jenis ayat lengkap ( جُمْلَةُ الْمُفِيْدَةِ ) iaitu:
جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ dan جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ
جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ
Merupakan ayat yang bermula dengan إِسْمٌ di awal ayat.
Terdiri daripada gabungan مُبْتَدَأٌ (subjek) dan خَبَرٌ (predikat)
Rumah itu besar اَلْمَنْزِلُ كَبِيْرٌ
Sekolah itu luas اَلْمَدْرَسَةُ وَاسِعَةٌ
جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ
Merupakan ayat yang bermula dengan فِعْلٌ di awal ayat.
Terdiri daripada gabungan فِعْلٌ (perbuatan) + فَاعِلٌ (orang yang
melakukan perbuatan) + مَفْعُولٌ بِهِ (apa yang terkena perbuatan itu)
Budak itu makan pisang أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ
Aku mendengar radio سَمِعْتُ الرَادِيوا
Perhatian!!!
فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ tidak mengambil kira wazan, manakala
فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ haruslah diambil kira wazannya.
Contohnya:
جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ
أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ
أَكَلَ الطِفْلاَنِ الْمَوْزَ
أَكَلَ الأَطْفَالُ الْمَوْزَ
جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ
اَلطِفْلُ أَكَلَ الْمَوْزَ
اَلطِفْلاَنِ أَكَلاَ الْمَوْزَ
الأَطْفَالُ أَكَلُوْا الْمَوْزَ
Ok, ana nak uji kefahaman antum.
Bagaimana kalau kita mahu menulis rumah itu besar?
اَلْبَيْتُ كَبِيرٌ atau اَلْبَيْتُ كَبِيْرَةٌ ؟؟؟
Haa…jawab jangan tak jawab…
Share This
Posted on 7 June '08 by badrul, under Bahasa Arab. 9 Comments.
Salam perjuangan...
Pada post kali ini ana akan terangkan فِعْلٌ dengan lebih lanjut. Untuk pengetahuan antum, bahasa Arab mempunyai 14 ضَمِيْر (kata ganti nama) iaitu:
dia (seorang lelaki) هُوَ
mereka (dua orang lelaki) هُمَا
mereka (ramai lelaki) هُمْ
dia (seorang perempuan) هِىَ
mereka (dua orang perempuan) هُمَا
mereka (ramai perempuan) هُنَّ
kamu (seorang lelaki) اَنْتِ
kamu (dua orang lelaki) أَنْتُمَا
kamu (ramai lelaki) أَنْتُمْ
kamu (seorang perempuan) اَنْتِ
kamu (dua orang perempuan) أَنْتُمَا
kamu (ramai perempuan) أَنْتُنَّ
saya (lelaki @ perempuan) أَنَا
kami (lelaki @ perempuan) نَحْنُ
فِعْلُ الْمَاضِى
فَعَلَ : هُوَ
فَعَلاَ : هُمَا
فَعَلُوْا : هُمْ
فَعَلَتْ : هِىَ
فَعَلَتَا : هُمَا
فَعَلْنَ : هُنَّ
فَعَلْتَ : اَنْتَ
فَعَلْتُمَا : أَنْتُمَا
فَعَلْتُمْ : أَنْتُمْ
فَعَلْتِ : أَنْتِ
فَعَلْتُمَا : أَنْتُمَا
فَعَلْتُنَّ : أَنْتُنَّ
فَعَلْتُ : أَنَا
فَعَلْنَا : نَحْنُ
Muhammad memukul anjing ضَرَبَ مُحَمَّدٌ اَلْكَلْبَ
Fatimah memukul anjing ضَرَبَتْ فَاطِمَةُ اَلْكَلْبَ
فِعْلُ الْمُضَارِعِ
يَفْعَلُ : هُوَ
يَفْعَلاَنِ : هُمَا
يَفْعَلُوْنَ : هُمْ
تَفْعَلُ : هِىَ
تفْعَلاَنِ : هُمَا
يَفْعَلْنَ : هُنَّ
تَفْعَلُ : اَنْتَ
تَفْعَلاَنِ : أَنْتُمَا
تَفْعَلُوْنَ : أَنْتُمْ
تَفْعَلِيْنَ : أَنْتِ
تَفْعَلْنَ : أَنْتُنَّ
أَفْعَلُ : أَنَا
نَفْعَلُ : نَحْنُ
kami bermain bola sepak نَلْعَبُ كُرَةَ الْقَدَمِ
Muslimin bersolat di masjid اَلْمُسْلِمُونَ يُصَلُّونَ فِى الْمَسْجِدِ
فِعْلُ الْأَمْرِ
إِفْعَلْ : اَنْتَ
إِفْعَلاَ : أَنْتُمَا
إِفْعَلُوْا : أَنْتُمْ
إِفْعَلِى : أَنْتِ
إِفْعَلَتَا : أَنْتُمَا
إِفْعَلْنَ : أَنْتُنَّ
minumlah wahai saudaraku (L) إِشْرَبْ يَا أَخِى
tulislah di atas papan hitam (P) أُكْتُبِى عَلَى السَّبُّورَةِ
Antum boleh mengubah ayat di atas dengan menggantikan dengan ضَمِيْر yang lain. Cuba fahami terlebih dahulu wazan - wazan ini, kemudian dihafaz supaya antum boleh membuat ayat dengan wazan yang betul.
Semoga bermanfaat…
Share This
Posted on 30 May '08 by badrul, under Bahasa Arab. 10 Comments.
Salam perjuangan… :-)
Siri pengajian Bahasa Arab ini merupakan perkongsian ana dengan antum berdasarkan nota - nota yang sempat ana pelajari daripada ayah ana, Allahyarham Tuan Guru Ustaz Sha’ari bin Ishak. Semoga segala ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disebarkan bermanfaat untuk kita dan beliau.
Bahasa Arab terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:
اِسْمٌ (kata nama)
فِعْلٌ (kata kerja)
حَرْفٌ (huruf)
اِسْمٌ
اِسْمٌ terbahagi kepada 2, iaitu مُأَنَّثٌ (perempuan) dan مُذَكَّرٌ (lelaki).
مُأَنَّثٌ bertanda ة di hujungya. Contoh:
pelajar perempuan طَالِبَةٌ
pelajar lelaki طَالِبٌ
Perhatian !!!
Penggunaan اِسْمٌ dalam suatu ayat hanya menggunakan ال atau tanpa ال bukan digabungkan. Contoh bagi perkataan sekolah:
اَلْمَدْرَسَةُ atau مَدْرَسَةٌ bukan اَلْمَدْرَسَةٌ
فِعْلٌ
فِعْلٌ pula terbahagi kepada 3, iaitu:
فِعْلُ المَاضِى (kata kerja yang telah berlaku)
فِعْلُ المُضَارِعِ (kata kerja yang sedang berlaku)
فِعْلُ الأَمْرِ (kata kerja berbentuk perintah)
Contohnya bagi perkataan menulis:
كَتَبَ (telah menulis)
يَكْتُبُ (sedang menulis)
أُكْتُبْ (tuliskan!)
حَرْفٌ
حَرْفٌ ialah huruf – huruf yang digunakan untuk melengkapkan ayat. Ana kurang arif dalam menerangkan erti huruf ini, harap ada yang membantu. 
Contoh حَرْفٌ yang sering digunakan adalah حَرْفُ جَرٍّ seperti:
مِنْ (dari)
إِلَى (kepada)
عَنْ (daripada)
عَلَى(di atas)
فِى (dalam / di)
بِ (dengan)
كَ (seperti)
لِ (untuk)
Masih banyak lagi حَرْفٌ yang tidak disebutkan di sini. Insya allah, pada masa akan datang ana akan terangkan dengan lebih lanjut.
Share This
Posted on 21 May '08 by badrul, under Bahasa Arab. 4 Comments.